So kalau korang dah baca entry sebelum ni, aku nak sambung cerita aku lah ye. Hm where did I stop?
Oh ya, my last point was promoting my uni. hahahaha lol.
This entry I wanna share my daily life at UiTM SI. Phew nak start dari mana ni. Kahkah poyo gila.
Ok, macam biasalah setiap pagi lepas Subuh aku siap2 nak kelas. Oh before that, aku punya kelas Isnin sampai Khamis je so hari Jumaat aku tak ada kelas. Yeayyyy hehe, Keempat-empat hari tu kelas aku semua pagi. Well, part 1 baru en. Ada sorang senior ni, masa kat PI waktu nak tunggu solat Isyak masa bulan Ramadhan, dia tanya aku part apa, course apa semua, Pastu dia tanya aku kelas selalu pukul berapa? Aku jawab ah tiap kelas aku pagi. Pastu dia jawab ish2, tak best tak best.
"Hahahaha" Ni je aku mampu balas. Dalam hati aku dah nama pun part 1 en. Terima je lah kelas awal pagi kul 8. ^^ Tapi aku rasa sebab musabab nya part 1 ni kelas pagi yang aku rasa2 lah sebab baru masuk u kan, aku rasa diaorang macam train budak2 disiplin pergi ke kelas, Kalau budak2 yang selalu lewat ke kelas, atau terlajak tidur sampai tak pergi kelas. Macam mana diaorang nak survive lagi part-part lain nanti kan? Baru part 1 dah tak gi kelas semua. So nasihat aku kat sini, kalau kau rasa kau dah masuk Universiti especially UITM boleh tak pergi kelas macam kau tak pergi sekolah. Silap lah brader sisturr sekalian. My advice is kalau kau anak yang from silver golden spoon. Better kau pergi swasta je. Sebab UiTM ni sebuah universiti yang konvensional. Kita memang kena pergi ke kelas. Kalau tak pergi nanti kena buang. So to those yang anak manja ke anak kerabat ke tak boleh lah ye suka suka hati kau je taknak pergi kelas semua. Menyusahkan banyak pihak act.
Wau panjang pula ulasan aku pasal kelas ni. Hehe. Ok next, since my class 4 hari sahaja, of course korang semua dapat teka kan. Teka apa? Teka lah yang kelas aku memang pack. Lol bagus lah aku tanya aku jawab. Apa seh dah merepek ni. Yep. Kelas aku pack kecuali Isnin. Haha memang aku paling suka ah hari Isnin. Dulu time sekolah hari Isnin lah hari yang paling errrr. Tapi sekarang ni lain pula. Betullah orang dulu-dulu kata, jangan benci-benci sangat, lama-lama nanti jatuh sayang. Awhh apa kena mengena pun aku tak tahu. xD Kelas Isnin aku sampai tengahari je. Tu yang aku suka hehe. Selalunya petang tu aku akan basuh baju. Part basuh baju ni pun aku suka gak sebabbbb mesin basuh mesti kosong. Tu yang suka haha tak payah nak kena queue. Mostly orang lain basuh baju hari Jumaat, Sabtu and Ahad. Paling penuh hari Ahad ah. Memang tak dapat can lansung. Lagi aku aras paling atas,
Ok sampai sini sahaja entry ku kali ni huhu. Boring en. Biarlah nanti bila aku dah kahwin dah ada anak nanti aku nak baca balik kisah liku-liku aku di universiti. hahaha poyo nya lah.
Till next time fella! xo
No comments:
Post a Comment