Tuesday, 29 October 2013

Kau dan Kalian.

Assalamualaikum. Haaa jawab salam tu kalau baca yee. Alhamdulillah untuk hari ini. Ada pertandingan bowling. Nama pertandingan but we just having our great time together since school going to farewell us. Hm this year meant a lot to me since it is the PMR year.

Aku sebenarnya nak mencoretkan rasa hati dan perasaan aku yg gundah gulana ni. Aku cuma perlu menaip. Mungkin dapat meringankan sikit beban di jiwa. Lately ni aku rasa hidup aku macam tonggang terbalik je. Aku rasa mcm tak diperlukan. Aku rasa terpinggir. Bila kita berborak dalam kumpulan aku selalu yg terakhir. Aku tak dipandang. Bila sorang kawan dgn aku dia tak boleh dgn aku. Dia mesti nak cari dgn orang lain. Aku rasa diri aku ni teruk dan hina sgt utk berkawan. Sbb tulah aku rasa nak pindah no matter how. Sbb aku takut perasaan ni aku berlaku lagi tahun depan. Kalian harus sedar yang kwn baik aku tida di sisi aku. Aku harap kalian lah yg dpt mengganti.

Memang tak dinafikan we had a crazy, happy, cheerfull timw together. Tapi bila aku jatuh. Tiada siapa yg hulur tangan. Misalnya kala aku betul2 perlulan sorang kawan tika kaki dn pinggang aku betul2 rasa sakit selepas permainan netball yang kita johan. Kalian yang memandang sepi shj aku ni. Kalian nampak aku jalan perlahan tapi hanya membiarkan tubuh ini berjalan sendirian. Padahal ada aku berjalan berdua dgn seseorang. Dia hanya berjalan laju meninggalkan aku di belakang hanya untk apa?! Untuk bersama kalian. Hari itu 28 Oktober aku rasa mmg aku seorang rakan yg tiada guna. Jujur aku katakan. Aku menangis di dalam tandas. Cuba kalau salah seorang dr kalian yg sakit. Mesti risau bukan?

Ikhlas aku katakan yang aku sayang kalian. Kalian umpama keluarga kedua aku. Kenapa kala aku payah tiada seorang dtg? Ye aku memang seorang manusia yang serba hina. Aku sangat tak layak utk dipanggil manusia. Aku pun ada kelemahan aku. Andai aku terlebih guraunya tegurlah. Aku tak pernah sedetik pun berkecil hati. Tapi hati aku bagai disiat siat. Dilumat lumat pabila kalian bercakap belakang mengenai aku. Kalau kalian tegur aku ku usaha untuk ubah yg tk elok tu. Kalian sering anggap aku marah. Padahal aku lansung tak marah. Suara aku mmg dah begini. Aku cukup kecewa kalian masih tak mengenali aku.

Bila aku tegur kau tengking aku. Apa kau rasa bila orang tengking kau? Kau tengking orang boleh pula?!! Ya Allah Ya Rabbi. Aku dah cukup banyak kali menangis kerana kalian. Kenapa.. kenapa.. Aku memang berkecil hati dgn kau seorang hamba Allah. Kau tak ubah melayan aku spt seekor binatang. Akh cukup sedih bila kau selalu jeling dan tengking aku. Kenapa kalau aku bergurau kau ambil hati? Kalau kawan2 lain kau tak ambil kisah? Mmg aku ini tak boleh bergurau. Inilah padahnya.

Hanya kau seorang aku rasa yang lain pun begitu. Benci sangatkan kau pada aku? Post kali ini mmg aku tujukan kalau pada seorang tu hanya kau sahaja. Kaulah kawan yg mmg tak jaga perasaan orang. Apa kau ingat ramai org senang dgn kau. Kau boleh buat apa sahaja? Kau silap kawan. Silap sama sekali. Aku dgn grup kau yang lain mmg berkecilkan hati dgn lerangai kau. Dah memang kita tak boleh bersama dgn geng2 yang lain. Nak buat macam mana? Aku punya kesedihan melampaui segala galanya. Kau buat perangai kau mcm tu mcm aku dgn yg lain mcm tak diperlukan tahu tak? Fikirlah dahulu sebelum bertindak. Jangan ikut ikutkan sangat perasaan tu. Sampai bila 24 jam bersama? Apa yang ada dijadikanlah bersama.

Bila kawan kita yang lain kecil hati dgn kau. Pandai pula kau pujuk. Takut benar gamaknya. Sampai... hm. Takut tak dpt berkawan dgn mereka bukan? Pujuk bagai seorang kekasih. Tapi bila kau tahu aku kecil hati dgn kau. Ada kau buat apa2?! Ada?! Sbb kau tahu aku ni jenis tak ambil berat. Tak kisah. Lama2 kalau mcm ni aku kisah kawan. Dan kau anggap aku ni bukan siapa2. Ntah kau anggap aku ni kawan ke tidak. Jujur kau mmg pilih kawan.

No comments:

Post a Comment