Suci dan buta daripada melihat perkara haram...
Suci dan pekak daripada mendengar perkara haram...
Suci dan bisu daripada membicarakan perkara haram...
Kerana karma dunia ini apabila kita baik. Maka pasangan kita juga baik.
Jika kita buruk tingkah lakunya, maka buruk jugalah pasangan hidup kita.
Aku mahu pasangan hidup yang dapat membimbingkan tangan aku bersamanya ke jalan yang diRedhai oleh Allah swt.
Mendidik anak-anak aku dengan ilmu yang diperoleh.
Bila mendengar dan melihat ada makhluk Allah di muka bumi ini yang begitu menjaga tata tuturnya. Penglihatannya terbatas. Tingkah laku yang teramat sopan. Indah sekali fenomena ini.. Aku teringin sekali menjadi seperti mereka. Apatah lagi apabila rakan kita sendiri telah berhijrah kepada ke arah itu. Aku rasa sangat tercabar dalam diam. Soalan itu terus menerpa dek fikiran ku. "Mengapa aku tidak berganjak lagi? Kenapa dia boleh, aku tidak? Bila lagi masanya?" Dan pelbagai lagi..
Aku teriak dan menangis dalam seribu kebisuan. Ya Allah Ya Rabb.. Bantulah hambaMu ini..
ASSALAM.
![]() |
| Sedang merinduimu wahai sahabat. :'( |
p/s : Doakan kelulusan aku dalam ujian berkomputer kesen memandu minggu ini..

No comments:
Post a Comment