Ya Allah Ya rabbi.. Kuatkanlah hati hamba mu ini. Kuatkanlah iman hamba mu ini. Teguhkanlah ya allah. Tidak tertanggung rasanya. Kuatkanlah agar aku dapat menghadapi dugaan mu dgn tenang ya allah..
kenapa mesti hidup ku begini. kenapa hidupku begitu malang sekali. terus menerus ditimpa nasib malang. subhanallah tidak sepatutnya aku bercakap begini. ya allah ampunkanlah dosa ku ya allah.
Ya allah kaulah maha segala galanya. ubahlah nasib diri ku ni ya allah. lembutkanlah hati ayah aku. lembutkanlah hati dia ya allah agar dia terima aku seadanya. aku cuba untuk berubah. aku sudah lakukannya. tapi... janganlah memaksa aku berubah seratus peratus spt anak2 org alim spt itu.
Apa yg nak dijangkakan.. kita bkn dr keluarga para ulama. ayah ku pun ada perangai tak elok dia. yg cepat naik angin. panas baran. semua manusia tak sempurna. kenapa dia perlu memaksa aku menjadi org lain. kenapa tdk terima aku apa adanya.
Teruk sgt ke aku ni. hina sgt ke. knpe dia tak suka tengk muka aku ni. kotor sgt ke. jijik sgt ke?!!! aku sudah tidak betah lagi ya allah. sikit2 kata aku suka buat muka. selalu buat muka. aku sendiri tak tahu aku buat muka apa. dia kata muka aku ni spt melawan dia. mengejek dia. knpe dia perlu fikir jauh smpi mcm tu sekali.
Dia seolah olah sdah mind set otak dia yg aku ni suka buat muka mcm tu. semua manusia ada expression muka tersendiri. aku tak pernah walau seditik pn buat muka kalau dia sedang memarahi aku atau menasihati aku.
Oh duniaa.. berilah secebis simpati pada ku. ku tidak sanggup lagi ditegur dimarahi mengenai muka ku ini. Agaknya dia mahu aku bertukar wajah spt isteri dia mungkin. yg baik. yg sopan. yg lemah lembut itu. alangkah dia tahu siapa isteria dia yg sebenarnya.
Tahniah mama tiriku. tahniah. anda telah membuat ayh ku tk suka kan aku. bencikan aku. tahniah sgt2 ku ucapkan.
Sekejap shj lagi. beberapa bln shj lagi. tdk sabar ku tunggu saat itu...
ASSALAMUALAIKUM.